Thursday, April 24, 2014

Khasiat Bawang Merah.

Seorang doktor mengunjungi sebuah keluarga petani dan mendapati keluarga tersebut berada dalam keadaan sihat sedangkan jiran2 mereka menderita selsema dan sakit bawaan bakteria yang lain seperti demam, cirit birit, kudis dan lain2. Doktor bertanya petani bagaimana keluarga tersebut tetap sihat sedangkan jiran2 mereka menderita sakit. Si isteri petani menjawab mudah aje, letakkan bawang merah yang telah dikupas dalam piring disetiap ruang rumah. Doktor amat tertarik dan meminta untuk melihatnya dibawah mikroskop lalu mendapati virus selsema dan bakteria2 lain dibawang merah tersebut. Bawang merah ini berfungsi menyerap semua virus dan bakteria diruang sekitarnya dan secara tidak langsung dapat mengelakkan keluarga petani dijangkiti penyakit bawaan virus dan bakteria.
Kes kedua ialah disebuah kedai gunting rambut yang banyak dikunjungi pelanggan. Tauke kedai mendapati ramai pekerjanya diserang selsema kerana sesetengah pelanggannya sedang selsema ketika mengunjungi kedainya. Tauke pun meletakkan semangkuk bawang merah yang telah dikupas di beberapa penjuru kedainya dan hasilnya pekerja2 beliau tidak lagi diserang selsema.
Kes ketiga seorang yang terkena pneumonia menemukan artikel yang mengatakan untuk memotong kedua hujung sebiji bawang kemudian dicucuk dengan garpu pada salah satu hujungnya. Letakkan bawang tersebut disebuah bekas kosong dan tempatkan dibilik pesakit. Keesokannya didapati bawang merah menjadi hitam kerana kuman2 seakan tertarik padanya. Bawang merah yang berfungsi sebagai magnet yang menarik kuman2 padanya menjadi hitam dan rosak sebaliknya pesakit semakin bertambah baik.
Bawang merah dan bawang putih mempunyai kekuatan antibakteri dan antiseptik yang amat menguntungkan manusia. Bawang merah boleh menjadi amat bermanafaat jika digunakan dengan cara yang betul, sebaliknya ianya amat beracun jika dibiarkan semalaman setelah dikupas. Ini kerana ianya umpama magnet yang menarik kuman hingga boleh menyebabkan jangkitan kuman pada paru2, sakit perut, keracunan makanan, cirit birit dan sebagainya.
Satu kajian keatas haiwan mendapati anjing tidak boleh memakan bawang merah kerana perut anjing tidak dapat mengolah bawang merah. Harap diingat, adalah berbahaya untuk mengiris bawang merah dan menggunakannya untuk memasak pada hari berikutnya.
Dari papazola : nak sihat senang, nak sakit lagi senang. Gunakan pengetahuan anda sebaiknya dan mari berkongsi supaya bertambah berkat dari Allah s.w.t.

Saturday, January 11, 2014

Seks waktu pagi boleh meningkatkan kesihatan dan mood.

Bagaimana mahu memulakan hari anda dengan suasana sihat dan 'mood' yang segar? Jawapannya mulakannya dari bilik tidur anda.  Begitulah hasil kajian pasukan penyelidik yang diketuai oleh Dr Debby Herbenick, saintis penyelidikan Amerika dan kolumnis seks mendapati pasangan orang dewasa yang sering mengadakan hubungan suami isteri pada  waktu pagi  [ subuh sebelum atau selepas] ternyata tidak hanya merasa lebih bersemangat untuk  hari itu, tetapi juga bermanfaat untuk menguatkan sistem kekebalan tubuh.


Penyelidikan tersebut menunjukkan bahawa orang dewasa yang memulakan hari mereka dengan cara ini akan lebih sihat dan lebih bahagia daripada mereka yang hanya memilih untuk minum teh dan roti bakar sebelum keluar ke tempat kerja.  Ini kerana bahan kimia yang dilepaskan semasa hubungan seks pagi dapat meningkatkan kesihatan dan 'mood' baik untuk sepanjang hari, malah ia dapat mengelakkan bukan saja masalah angin dalam badan dan flu tetapi juga mampu meningkatkan kualiti rambut , kulit serta kuku mereka  lebih sihat.  Dr Debby Herbenick berkata: "Hubungan seks pada pagi hari akan melepaskan kimia oksitosin  yang dapat mewujudkan perasaan ceria  yang membuat pasangan merasa saling mengasihi dan terikat sepanjang hari." 
Hubungan seks waktu pagi mampu menguatkan sistem kekebalan tubuh anda untuk hari itu dengan meningkatkan tahap  IgA anda, sejenis antibodi yang melindungi  jangkitan.  Zat kimia yang dilepaskan meningkatkan kadar estrogen, yang meningkatkan kualiti tekstur kulit dan rambut."
Kajian yang dilakukan oleh Queens University di Belfast mendapati bahawa melakukan hubungan seks tiga kali seminggu boleh mengurangkan separuh risiko serangan jantung atau stroke. 
Oleh itu, orang dewasa harus tetap cuba untuk mencari masa untuk melakukannya walaupun banyak halangan seperti masa yang terbatas, kerja dan anak-anak.
Penyelidikan dari Universiti Nottingham pula mendapati bahawa lelaki yang terus mengamalkan kehidupan seks yang teratur pada usia 50an mereka juga berisiko lebih rendah terkena kanser prostat.

sumber : http://www.orangmuo.com

Blogroll

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...