Saturday, November 2, 2013

Cara Berdepan dengan pasangan yang angkuh macam Mr.Arrogant

Mempunyai pasangan yang angkuh memang menguji kesabaran .Sikap tidak mahu mengalah,tak boleh di kritik serta di tegur dan merasa diri mereka saja yang betul akan membuatkan pasangan dalam keadaan tertekan dan makan hati.
Tapi jika sudah takdir pasangan anda ada sikap sebegini disini saya ada beberapa tips untuk dikongsikan bersama-sama.

http://www.jaymiee.com/2013/10/love-u-mr-arrogant.html

# Banyakkan bersabar.
Tanpa kesabaran anda pasti tidak akan mampu untuk menghadapi pasangan yang sedemikian .Tetapi ,jika kesabaran yang sudah sampai had maksimum anda kena ikuti langkah yang seterusnya.teruskan pembacaan anda.

# Luahkan perasaan anda dengan tenang.
Luahkan rasa hati anda dengan cara yang tenang jangan dalam keadaan marah-marah.Jelaskan pada pasangan bagaimana tindakan mereka itu amat memberikan kesan pada jiwa anda.Berikan contoh tindakan yang sering dilakukan yang melukakan hati anda.

# Buat kesepakatan.
Cari kata sepakat untuk membantu pasangan anda untuk berubah.Dalam pada itu anda sendiri jangan terlalu mengharapkan perubahan yang drastik atau terlalu cepat pada pasangan anda itu.Bagi mereka masa untuk berubah ,ini kerana sikap yang sebegitu perlukan masa untuk di ubah.

# Khidmat Kaunselor.
Jika anda sudah melakukan semua usaha tapi langsung tiada perubahan pada pasangan.Anda perlu pertimbangkan untuk berjumpa dengan kaunselor bahagian rumahtangga.Mungkin juga anda boleh mencari kenalan atau ahli keluarga yang dihormati oleh pasangan anda untuk memberikan nasihat kepada mereka.

2 comments:

Blogroll

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...