Sunday, November 3, 2013

9 Cara Jaga Kadar Kolesterol Dalam Badan.



Kadar kolesterol  yang tinggi merupakan salah satu penyebab masalah penyakit jantung.Pembunuh senyap no 1 di Malaysia.
Untuk mengelakkan ataupun mencegah dari  semua itu berlaku ,beberapa langkah pencegahan mesti diambil.antaranya:

http://www.jaymiee.com/

1.Diet sihat
Pengambilan makanan berlemak dan berminyak menjadi salah satu penyebab utama bertambahnya kadar  kolesterol  dalam badan.Oleh itu ,kurangkan makanan yang menjadi penyebab kolesterol tinggi seperti daging merah,mentega ,keju dan kuih muih yang manis.
2.Kurangkan berat badan.
Peningkatan kadar kolesterol akan menyebabkan seseorang itu obesiti.Berat badan berlebihan akan meningkatkan trigliserida yang akhirnya akan menyebabkan penyumbatan salur darah.
Jadi ,kurangkan berat badan dengan berolahraga sekurang-kurangnya 30 minit sehari.Olahraga ringan sudah mencukupi seperti berjalan kaki  atau berbasikal atau jogging.
 3.Ringan tulang
Orang rajin tentunya dapat membakar kalori dengan lebih banyak.Biasanya orang yang rajin tidak boleh duduk diam menonton tv sambil berbaring  atau makan semata-mata sepanjang hari.
Mereka ini berisiko tinggi untuk meningkatkan kadar kolesterol  dalam badan berbanding dengan orang yang rajin.Hidup aktif dapat menurunkan trigliserida dan juga membantu anda menjaga berat badan.

4.Hindari rokok
Tabiat meroko berisiko tinggi dalam meningkatkan jumlah kolesterol  kerana merokok merupakan salah satu cara yang boleh mengakibatkan menurunkan kadar kolesterol baik dalam badan .Jadi,mulakanlah dari sekarang untuk tidak merokok.

5.Awasi waktu berisiko tinggi.
Waktu berisiko tinggi bagi wanita adalah setelah menopaus .Biasanya wanita yang menopous memiliki kadar kolesterol yang tinggi daripada lelaki.Oleh itu ,sekirannya anda di kalangan yang telah menopous,jaga pola makan yang sihat serta amalkan gaya hidup sihat dengan lebih baik.Jangan lupa untuk tetap berolahraga.
6.Hati-hati dalam penggunaan ubat
Beberapa ubat-ubatan dapat meningkatkan kadar trigliserida.Jadi ,sebelum mengambil ubat-ubatan yang anda tidak pasti kesannya terhadap kesihatan tubuh badan ,pastikan anda mendapat nasihat daripada doctor terlebih dahulu.

7.Jauhi alcohol
Kekerapan mengambil alcohol boleh merosakkan hati dan jantung yang menyebabkan tekanan darah tinggi  dan menyebabkan kadar kolesterol dalam tubuh semakin meningkat.

8.Elak stress.
Jika anda stress,pastikan anda cuba mengawalnya dengan cara yang baik .Sesetengah orang mencari keselesaan atau mengubat tekanan dengan cara menghiburkan diri sendiri dengan makan makanan yang berlemak dan berkalori tinggi .Oleh sebab itu,pastikan apa yang anda makan setiap hari dan elakkan stress berpanjangan kerana ia boleh menyebabkan kolesterol darah meningkat.

9.Peka kesihatan badan.
Penyakit tertentu seperti diabetes dan hipotiroidisme akan menambah kadar kolesterol dalam tubuh.Untuk itu ,lakukan pemeriksaan kesihatan secara teratur untuk menjaga kadar kolesterol yang rendah dalam tubuh.

0 comments:

Post a Comment

Blogroll

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...