Monday, November 4, 2013

Tips untuk beli kereta.



Tips untuk beli kereta.

http://jaymiee.com



Membeli kereta bukan seperti membeli baju atau kasut.Banyak perkara yang perlu di ambil kira .Dan yang paling penting jangan terburu-buru membeli.Pastikan anda sudah cukup bersedia dari segi kewangan.

Anda mesti Tanya diri anda soalan-soalan berikut :-




1.Kenapa aku nak beli kereta?

Apakah tujuan anda membeli kereta?Adakah sebagai kenderaan yang digunakan untuk ke tempat kerja atau untuk kegunaan keluarga?Atau kedua-duanya sekali?Kemudian ,berapa pula jarak yang akan digunakan dalam sehari?Apabila anda telah menjawab setiap soalan-soalan  tersebut,maka senanglah anda menentukan jenis kereta yang sesuai  hendak di beli.Jika boleh,buat senarai pendek kereta yang mampu anda beli dan bahagikan kepada beberapa criteria kecil.Bandingkan dari sudut positif dan negatif kenderaan tersebut.



2.Berapa bajet anda?

Setelah menentukan jenis kereta yang hendak dibeli mengikut kemampuan ,anda perlu senarai dan rancang bajet untuk kereta pula.Bajet ini merangkumi jangkaan penggunaan bahan api (petrol),alat ganti ,servis dan sebagainya .Selain itu,anda perlukan bajet yang diperuntukkan untuk membuat bayaran bulanan.Formula terbaik untuk bayaran bulanan mestilah tidak melebihi 1/3 daripada pendapatan bulanan anda .Lebih rendah ansuran ,lebih bagus.Ini kerana anda perlu mempunyai tabungan kecemasan jika berlaku sesuatu yang tidak diingini.



3.Berapa perbelanjaan untuk petrol?

Tahap penggunaan bahan api atau petrol sangat penting untuk menentukan cirri-ciri kereta yang dibeli.Sebagai perbandingan,kereta A lebih murah berbanding kereta B lebih menjimatkan.Namun penggunaan bahan api kereta B lebih menjimatkan.Jadi ,pilihan harus di buat dengan bijak kerana kos bahan api biasanya meliputi lebih daripada 50% dari bayaran bulanan kereta .Orang sering menganggap menggunakan kereta automatic lebih sesuai dan selesa dibandar ,sebaliknya kereta dengan transmisi ini lebih banyak menggunakan bahan api berbanding kereta manual.



4.Senang atau sukar mendapatkan alat ganti?

Adalah sangat penting sesebuah kereta mempunyai alat ganti yang senang didapati .Pastinya menjadi satu masalah sekiranya kereta yang anda miliki mempunyai alat ganti yang terhad atau sukar diperolehi .Oleh itu anda disarankan memiliki kereta yang senang mendapatkan alat ganti. Kereta buatan tempatan lebih mudah untuk mendapatkan alat ganti berbanding kereta luar.



5.Bagaimana jaminan dan perkhidmatan selepas jualan? Kebanyakan syarikat jualan kereta hari ini menyediakan khidmat jaminan dalam tempoh yang lebih lama .Kebanyakanmereka yang terburu-buru ingin membeli kereta tidak mempedulikan pakej ini.Anda juga yang rugi!



6.Berapa cukai jalan dan kadar faedah pinjaman yang perlu dibayar?

Soal ini tidak boleh diabaikan .Kadar cukai jalan yang dikenakan setiap tahun wajib dibayar.



7.Perlu rujukan tambahan?

Anda boleh Tanya rakan-rakan atau sedara terdekat yang ada menggunakan   kereta yang anda hendak beli tersebut . Minta pendapat mereka tentang kereta tersebut.

0 comments:

Post a Comment

Blogroll

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...