Saturday, November 2, 2013

5 Langkah Barakan Mood Seks.

Umum mengetahui yang Mood seks sebenarnya tidak akan membara pada setiap  malam .hanya orang -orang tertentu sahaja yang boleh.
Kadang tu ia hilang entah kemana.bak kata pepatah takda mood .akibat keletihan ataupun akibat stres.
Sebenarnya keadaan ini mampu mengganggu hubungan suami isteri jika tidak diambil langkah-langkah awal sebelum ia menjadi parah.

Langkah pertama - Imbas kenangan romantik.
Imbas kembali kenangan silam anda dan pasangan yang dapat membangkitkan mood romantik .Misalnya situasi di malam pertama dan pakaian seksi yang pernah anda pakai di hadapan suami/isteri.

Langkah kedua - semburkan wangian.
Semburkan wangian kegemaran anda mahupun pasangan anda dibahagian tertentu.Tunggu sebentar agar wangian meresap dan selepas itu duduklah bersebelahan dengan pasangan dan tunggu reaksi yang bakal terjadi.

Langkah ketiga - belai kaki (untuk wanita)
Urut dan sapukan losen beraroma peppermint ke telapak kaki .Belailah kaki dan kesannya akan menjalar ke seluruh tubuh.Anda akan terasa relaks dan bersedia untuk langkah seterusnya.

Langkah keempat - latihan pernafasan.
Lakukan latihan pernafasan selama satu minit .Caranya mudah saja,letakkan kedudukan tubuh anda dalam keadaan relaks.Kemudian letakkan telapak tangan anda ke bahagian sekitar perut dan tarik nafas dalam-dalam.Selepas itu hembus nafas anda .Lakukannya untuk beberapa kali .Kesannya pasti menenangkan.

Langkah kelima - dengar muzik
Dengarkan muzik kesukaan anda yang dapat membuatkan anda lebih tenang dan relaks .Jangan fikirkan soal anak mahupun kerja,biarkan fikiran anda melayang mengingati apa yang anda sukai.

0 comments:

Post a Comment

Blogroll

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...