Friday, November 1, 2013

Lakukan aktiviti fizikal sebelum tidur.

Penyelidikan tahunan 2012 di Amerika mengenai pola tidur 1,000 respondan dewasa berumur diantara 23 hingga 60 tahun mendapati bahawa mereka yang menjalani aktiviti fizikal sebelum tidur biasanya akan mendapat tidur yang lebih nyenyak sehingga hampir 7 jam.
Aktiviti fizikal bermaksud aktiviti yang melebihi tempoh 10 minit dilakukan selama 7 hari berturut-turut dan respondan dibahagikan kepada 4 tahap aktiviti - bertenaga ,sederhana ,ringan dan tiada aktiviti.


Menurut kajian ,mereka yang menjalani aktiviti fizikal didapati mudah tidur dan mendapat tidur yang nyenyak berbanding mereka yang tidak melakukan aktiviti,dengan purata 6 jam 51 minit.
Rata-rata respondan yang menjalani aktiviti ringan ,sederhana dan bertenaga berkata mereka mendapat tidur yang nyenyak hampir setiap malam sehingga 67 %.

Jadi marilah kita membuat aktiviti fizikal sebelum tidur ,selain daripada aktiviti kelamin.Disamping dapat tidur yang lena dapat juga bonus kesihatan.

0 comments:

Post a Comment

Blogroll

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...