Tuesday, November 5, 2013

Tiga hadiah terbaik yang anda boleh beri pada isteri anda

Anda boleh beli pelbagai barangan berharga untuk di berikan pada pasangan anda. Namun, ia tidak mungkin semahal dan penting seperti mana tiga hadiah di bawah.

http://www.jaymiee.com/2013/11/tengok-wayang-free.html 

Hadiah pertama : Komitmen pada hubungan cinta dan ikatan perkahwinan.
Isteri anda akan bahagia jika anda berjaya memberi sepenuhnya komitmen pada hubungan cinta dan ikatan perkahwinan anda berdua. Anda perlu belajar untuk sentiasa mengutamakan hal keluarga dari hal  yang lain. Anda perlu pastikan diri anda sentiasa bersedia untuk isteri dan keluarga anda. Jangan biarkan isteri anda keseorangan.

Hadiah kedua : Hubungan fizikal yang intim
Hubungan fizikal yang intim tidak semestinya hubungan seks semata – mata. Perbuatan seperti sentiasa memeluk isteri anda dan cium dia, ciuman sebelum dan selepas bangun tidur dan mengurut – urut badan isteri anda juga termasuk dalam hubungan fizikal. Isteri anda sentiasa dahagakan hubungan fizikal yang intim dari anda. Dia juga sentiasa inginkan anda menyentuh dia dalam pelbagai cara dan penuh dengan kasih sayang.
Hadiah ketiga : Sahabat sejati.

Apabila berkahwin, isteri anda biasanya akan terhad hubungannya dengan rakan – rakan dia yang lain. Jika anda tidak bersahabat dengan dia, siapa lagi. Jadilah sahabat dia dan dengar segala keluhan, cerita dan celotehnya tanpa jemu. Selain itu, anda jadikan dia sebagai sahabat anda juga di mana anda sentiasa mengharapkan dia dan meluahkan segalanya pada dia.

0 comments:

Post a Comment

Blogroll

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...