Monday, January 6, 2014

Cara Penjagaan Tayar Kereta.

Penjagaan tayar kereta amat penting lebih-lebih lagi jika kita sering berjalan jauh sehingga beratus-ratus kilometer setiap hari. Penjagaan tayar perlu diambil kira semasa waktu servis lagi.Tayar sangat penting dalam kehidupan di darat. Namun, masih ada yang tidak tahu tentang tayar, penjagaan tayar, dan yang lebih penting lagi adalah cara menukar tayar! Jangan kata orang perempuan sahaja yang tidak pandai menukar tayar kereta, orang lelaki pun turut mengalami perkara yang sama. Walaupun kita tidak mempunyai kereta, sekurang-kurangnya kita mesti tahu secara asas dalam penjagaan tayar, dan penukaran tayar kereta.

Dulu ada orang kata yang tayar kereta mampu bertahan sehingga 5 Tahun. Tapi, demi keselamatan, sesungguhnya tukarlah tayar anda setelah ianya mencecah 3 tahun. Bukannya apa, selalunya tayar yang sangat lama ini sebenarnya bukan digunakan pun, tetapi kebanyakannya disimpan didalam kenderaan sebagai tayar ganti atau lebih selalu dipanggil tayar spare. Tayar spare ini selalunya akan menjadi keras setelah tidak digunakan selama 2 tahun ke atas, jadi pandai-pandailah tukar antara tayar-tayar lain supaya tayar kereta tidak keras dan umurnya mencecah sehingga 5 tahun.
Bagaimana cara mengetahui tentang umur tayar?

Tak susah. Tengok pada bahagian sisi tayar, cari tulisan yang mempunyai empat nombor, dua nombor pertama menerangkan tentang minggu tayar dibuat dalam setahun, dua nombor kedua adalah tahun, sebagai contoh, lihat gambar.

Nombor pada tayar kereta menunjukkan 0208, yang bermaksud, tayar ini dibuat pada minggu ke-2 tahun 2008.
Bagaimana cara menjaga tayar?
Sentiasa pastikan tekanan tayar kereta sentiasa berada dalam keadaan optimum. Informasi berkenaan tekanan optimum tayar selalunya ada dilekatkan pada pintu kenderaan di bahagian dalam. Pentingnya tekanan tayar ini kerana:
  •         Dapat menjimatkan petrol.
  •         Dapat mengelakkan tayar haus dengan cepat.
  •         Mengekalkan kestabilan kenderaan dan dapat menjamin keselamatan.

Periksa tayar anda dan pastikan tayar kereta anda bebas dari objek-objek tajam. Objek-objek ini akan mengakibatkan tayar anda hilang tekanan secara tidak anda sedari.Tukar kedudukan tayar setiap 10,000km atau setiap tiga bulan bagi membolehkan tayar habis dengan sekata.
Buat allignment pada kereta dan imbangan tayar kereta setiap 10,000km atau setiap tiga bulan. Kenderaan yang tidak di-allignment akan memberi ketidakseimbangan beban pada tayar dan mengakibatkan tayar cepat haus hanya pada sebelah permukaan. Sama juga dengan imbangan tayar. Lihat grafik.

Bagaimana cara untuk menukar tayar kereta?
 Pastikan anda ada:
  1.             Tayar ganti yang masih elok.
  2.             Jack kereta.
  3.             Pembuka tayar.
Kesemua alatan di atas adalah sangat penting. Jika hilang salah satu, maka lebih baik telefon trak tunda atau kawan-kawan berdekatan.
 1. Keluarkan tayar ganti dari belakang kenderaan. Selalunya tayar akan diletakkan di dalam bonet belakang, di bawah carpet sedia ada. Jack akan berada bersama atau di bawah tayar.
2. Letakkan jack di bawah tulang kereta anda. Pastikan lekuknya diisi dengan tulang kereta.

3. Longgarkan nat pada tayar kereta anda.
4. Pusingkan jack pada arah clockwise bagi menaikkan kereta anda.
5. Buka kesemua nat dan cabut tayar kereta anda.
6. Masukkan tayar ganti dan ikat mengikut turutan. 1,4,3,2 atau dengan bahasa mudah dalam bentuk X. Ini bagi mengelakkan tayar dipasang secara senget dan mengakibatkan kerosakan kekal pada tayar dan rim.

0 comments:

Post a Comment

Blogroll

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...